OLEH SABIRAH AZIZ
SHAH
ALAM: Pemberian kad kuasa kepada jawatankuasa masjid yang
dilantik akan diberikan kepada golongan berupaya dan tidak uzur bagi
memikul tanggungjawab seperti diamanahkan.
Exco Hal Ehwal Islam,
Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa & Kampung Tradisi, Dato’
Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, keutamaan diberikan kepada golongan itu
supaya mereka dapat melaksanakan sesuatu tindakan tanpa mengira waktu.
“Kami
akan meletakkan syarat yang mana pemilihan jawatankuasa masjid yang
dilakukan Majlis Agama Islam Selangor pada tahun ini hanya akan
disediakan kad kepada pegawai berupaya sahaja dan harus melaksanakan
tanggungjawab diamanahkan.
“Ia sebagai langkah pencegahan ekoran
terdapat segelintir pegawai masjid yang menyalahgunakan kad kuasa, tidak
menjalankan kuasa diberikan serta tidak memberi kerjasama untuk menjadi
saksi tangkapan menyebabkan perkara itu tidak boleh dilaksanakan proses
perundangan sepatutnya,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi
menjawab soalan Ahli Dewan Negeri Meru, Dr Abdul Rani Osman berkenaan
penarikan semula kad penguasa amal maaruf nahi mungkar kepada pengurusan
masjid sejak 2016.
Ahmad Yunus berkata, peratusan pegawai masjid
yang menyalahgunakan kad kuasa adalah kecil namun memberikan impak besar
kepada institusi agama.
“Sebenarnya, tiada istilah pegawai masjid
memerlukan kad kuasa kerana mereka telah diberikan kuasa dan tuga-tugas
yang perlu dijalankan sebagai pegawai masjid.
“Bagaimanapun,
pegawai masjid juga bertangggungjawab atas tingkah laku anak kariah dan
perlu melakukan tangkapan tanpa waran dengan membawa pesalah kepada
pihak berkuasa atau polis.
“Sekiranya mereka tidak menjalankan
tanggungjawab berkenaan maka kita akan menarik semula dan membekukan kad
kuasa berkenaan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan