HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Mac 2018

TIDAK KE PENJARA JIKA KERAJAAN BERTUKAR – RAFIZI

WATAN ONLINE




Naib Presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli yakin beliau tidak akan dipenjarakan jika pembangkang mengambil alih pentabiran negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“1 Jun nanti rayuan akhir saya di Mahkamah Rayuan, jika tidak berjaya saya akan masuk penjara.

“Saya ingat jika berlaku perubahan kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dalam tempoh empat minggu, saya tak rasa kerajaan baharu tu nak masukkan saya dalam penjara,” katanya selepas selesai program Jom Bina Semula Negara di Baling, pada Ahad.

Menurut Ahli Parlimen PKR Pandan itu, beliau sanggup ambil risiko berdepan dengan penjara, kerana mendakwa tindakannya betul.

Pada 7 Februari lalu, beliau dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah mendedahkan maklumat perbankan di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) enam tahun lalu.

Tiada ulasan: