HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Mac 2018

300 keluarga nelayan dapat rumah baru

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
MERBOK: Bagi menyelesaikan isu penempatan nelayan di sini sebanyak 300 unit rumah diberikan kepada nelayan di bawah Projek Perumahan Nelayan Muafakat Kedah.
 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, projek tersebut merupakan projek perintis kepada Projek Penempatan Semula Nelayan (PSN) dengan peruntukan sebanyak RM48 juta.
 
“Projek ini telah siap sepenuhnya dan telah diduduki sejak awal tahun ini dan dilengkap dengan pelbagai kemudahan seperti dewan serbaguna, surau, tadika, gelanggang futsal, taman permainan dan rumah kedai.
 
“300 unit rumah tersebut juga dilengkapi dengan pencawang elektrik, rumah pam dan tangki air. Kita mahu golongan nelayan mendapat kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Perumahan Nelayan Muafakat Kedah Tanjung Dawai di sini hari ini.
 
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir merasmikan perumahan nelayan tersebut.
 
Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan Bantuan Touch Point bernilai RM38,000 kepada 38 penerima dan sumbangan RM2.64 juta kepada 88 nelayan Persatuan Nelayan Kawasan di seluruh negara untuk pemantapan organisasi itu.
 
Selain itu Elaun Sara Hidup Nelayan berjumlah RM459,250 turut disampaikan oleh beliau kepada nelayan Persatuan Nelayan Kawasan Tanjung Dawai, Yan dan Kuala Muda

Tiada ulasan: