MALAYSIA DATELINE
“Saya berasa amat jijik dengan tindakan BN yang meluluskan usul
persempadanan semula di Dewan Rakyat dengan cukup tergesa-gesa tempoh
hari,” kata Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagi menjawab perkara ini, beliau mengajak semua rakyat bangun menuntut perubahan.
“Saya gesa seluruh rakyat Malaysia untuk keluar beramai-ramai
mengundi Pakatan Harapan untuk menyahkan BN dari Putrajaya,” kata Anwar
mengajak rakyat membuat perubahan ketika gelombang mengenainya mula
kelihatan bermula di utara.
Katanya, ini adalah perkara yang amat serius yang sepatutnya diberikan masa secukupnya untuk dibahas dan dibincangkan.
“Tetapi usul tersebut telah diluluskan dalam masa 2 jam sahaja!” katanya.
Bagi beliau, iIni bukanlah satu proses persempadanan semula yang
betul yang mengikut lunas undang-undang, tetapi satu usaha persempadanan
yang jelas melanggar semangat perlembagaan.
Ia adalah pengakuan bahawa BN akan kalah PRU14 jika sempadan sedia ada digunakan, katanya.
BN juga, katanya, dengan tergopoh-gapah meluluskan RUU Anti-Berita
Tidak Benar di parlimen. Ini adalah satu tindakan yang cukup desperado.
“Sang Penguasa mahukan undang-undang ini untuk mengongkong dan
menghalang orang ramai dari membincangkan skandal 1MDB dan lain-lain
skandal rasuah dan kesalahan-kesalahan BN.
“Dengan meluluskan RUU ini, BN dengan jelas menyerang golongan muda
yang rata-rata bakal menjadi mangsa utama undang-undang zalim
ini,”katanya.
Bagi beliau, berita palsu atau tidak benar sememangnya boleh ditangani dengan undang-undang sedia ada berkaitan isu fitnah.
“Adakah kita hanya akan duduk diam bila pencuri penyamun yang
merompak berbilion wang rakyat berkuasa mentakrifkan apa itu berita
palsu?” soal beliau.
Pakatan Harapan, katanya, akan mewujudkan satu Suruhanjaya Pilihan
Raya yang benar-benar bebas, dan memansuhkan undang-undang anti-berita
tidak benar ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan