PULAU PINANG: Seperti dijangka, jumlah penyokong DAP yang setia menanti
kehadiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng di pekarangan Mahkamah Tinggi di
sini jauh berkurangan berbanding hari pertama, semalam.
Sebaliknya, lebih ramai anggota polis ditugaskan mengawal pintu masuk
mahkamah bagi memastikan kelancaran perbicaraan kes rasuah melibatkan
Guan Eng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon berkaitan perjanjian jual
beli lot tanah dan banglo bernilai RM2.8 juta beberapa tahun lalu.
Berbanding semalam juga, suasana di pekarangan Mahkamah Tinggi terus
lengang sebaik sahaja pemimpin tersebut tiba kira-kira pukul 9.25 pagi,
lewat sejam daripada semalam.
Keadaan lalu lintas juga lebih lancar dan terkawal apabila tidak banyak
kenderaan berhenti di tepi jalan atau membunyikan hon sebagai tanda
sokongan terhadap pemimpin berkenaan.
Sebelum perbicaraan dimulakan semalam, Guan Eng dan Li Koon
masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pindaan yang
dikemukakan oleh pihak pendakwaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan