HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Mac 2018

Mungkinkah Najib Razak orang pertama didakwa kerana berita palsu?


Roketkini.com

“Adakah Najib Razak akan menjadi orang pertama didakwa di bawah Akta Anti-Berita Palsu 2018, untuk ‘berita palsu’ bahawa beliau telah dibersihkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) daripada sebarang salah laku dalam skandal 1MDB?”

Demikian soalan dilontarkan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam sidang media di Parlimen hari ini tentang Rang Undang-undang yang membolehkan mereka yang didapati bersalah menyebarkan berita palsu dihukum sehingga 10 tahun penjara, atau denda tidak melebihi RM500,000, atau kedua-duanya sekali.

“Tidak boleh dinafikan bahawa kenyataan terbaru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang kononnya beliau telah dibersihkan oleh PAC daripada sebarang salah laku dalam skandal 1MDB adalah sama sekali tidak berasas,” ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

“Jadi biar saya tanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman, kalau Najib akan menjadi orang pertama yang akan didakwa.”

Azalina diminta menjawab dengan sokongan Peguam Negara dan ketua Polis Negara.

Menurut Kit Siang, ini bermakna pihak polis akan harus memberkas Najib atas jenayah berita palsu dan menjadi kes pertama untuk menguji akta ini di mahkamah.

RUU berita palsu itu dibentang semalam di Dewan Rakyat, dan menerima kritikan meluas pengamal media dan undang-undang.

Bagi Kit Siang, yang juga seorang bekas wartawan, RUU tersebut dilihat sebagai ancaman paling besar kepada kebebasan media.

“Bahkan, bekas menteri penerangan Tan Sri Rais Yatim pun turut terkejut.

“Jelas sekali, RUU ini sebenarnya adalah RUU ‘Selamatkan Najib daripada Skandal 1MDB’,” ujar Kit Siang, ekoran pendedahan Timbalan Menteri Komunikasi dan Mutimedia, Datuk Jailani Johari.

Jailani, dalam ucapan di Parlimen memberitahu bahawa sebarang laporan tentang 1MDB yang tidak disahkan oleh kerajaan adalah dikira ‘berita palsu’. – Roketkini.com


Tiada ulasan: