HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Mac 2018

‘Saya sudah beritahu perkara ini akan bocor’ – Pandikar

Muhammad Azizul Osman
Reaksi Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bercakap ketika sidang media ringkas pada Majlis Makan Tengahari Persatuan Parlimen Komanwel 2018 di Banggunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur. foto SAFWAN MANSOR,
 

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau sudah memberikan peringatan kepada semua Ahli Parlimen agar tidak mendedahkan isi kandungan Rang Undang-Undang Persempadanan Semula yang akan mengambil tempat esok.

Menurutnya, beliau tidak setuju semua Ahli Parlimen menerima laporan berkenaan kerana perkara itu akan dibentangkan oleh kerajaan.

“Apa lagi yang mahu saya komen. Saya sudah beritahu perkara ini akan bocor.

“Kalau bawa keluar Rang Undang-Undang Persempadanan Semula pasti bocor juga. Apa lagi yang mahu saya komen,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri program Sambutan Hari Komanwel 2018, hari ini.

Khamis lalu, laman “The Other” memuatnaik capaian dokumen yang didakwa laporan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Dalam portal berkenaan, laporan itu mengandungi tiga jilid laporan yang dikenakan embargo sehingga 28 Mac ini.

Pandikar pada mulanya keberatan untuk membenarkan semua Ahli Parlimen membawa pulang salinan laporan yang diletakkan di meja masing-masing namun menasihatkan agar mereka mematuhi embargo itu.

Justeru Pandikar berkata, tindakan sepatutnya diambil ke atas mereka yang membocorkan maklumat berkanun dan menggesa agar sesiapa sahaja membuat laporan polis berhubung isu ini.

“Daripada mula sudah saya ambil tindakan, saya arahkan pastikan tidak ada pihak yang diadakan laporan itu.

“Dalam soal ini, tidak semestinya Speaker yang ambil tindakan. Tindakan sepatutnya di ambil keatas mereka yang bocorkan, sila buat laporan,” katanya lagi.

Pandikar sebelum ini mengarahkan agar laporan berkenaan diletakkan di atas meja semua Ahli Parlimen namun tidak dibenarkan disiarkan sebelum Rabu ini.

Kali terakhir proses persempadanan semula dibuat kerajaan ialah pada 2003.

Persempadanan semula sepatutnya mengambil tempat pada 2011 namun ditangguhkan untuk memberi tumpuan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) yang diadakan pada 5 Mei 2013. -MalaysiaGazette


Tiada ulasan: