HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Mac 2018

BN didenda RM13,000 tampal poster Guan Eng tanpa permit



Teng Chang Yeow (kanan) mengakui BN menaikkan poster mengecam pentadbiran kerajaan Pulau Pinang yang diketuai DAP itu.


PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengeluarkan kompaun berjumlah RM13,448 kepada “pihak berkaitan” kerana menaikkan poster anti Ketua Menteri, Lim Guan Eng tanpa memohon permit daripada pihak berkuasa tempatan itu.

“Pihak berkaitan” itu dipercayai merujuk Barisan Nasional (BN) kerana Pengerusi negerinya, Teng Chang Yeow mengakui parti itu menaikkan poster mengecam kegagalan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang diketuai DAP itu, pada 20 Mac lalu.

Poster anti Lim Guan Eng berbahasa Melayu yang muncul di Pulau Pinang dan Seberang Perai. (Gambar Facebook MCA Penang State)

Tiada ulasan: