HALAMAN SANTAI

Isnin, 26 Mac 2018

Benarkah Tun M Jumpa PM Israel Secara Sulit, Soal Pemuda PAS

 
 



Benarkah Tun Dr Mahathir Mohamad pernah berjumpa dengan Perdana Menteri Israel secara sulit sepertimana yang pernah didedahkan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim, soal Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Menurutnya, Anwar juga pernah menuduh Dr Mahathir pernah membayar pelobi Yahudi yang bernama Jack Abramoff, namun sejauhmanakah dakwaan itu benar, soalnya.

“Dr Mahathir jumpa PM Israel secara sulit?

“Bayar Jack Abramoff pelobi yahudi jutaan ringgit?,” soal Nurul Islam dalam Facebook.

Nurul Islam membangkitkan persoalan-persoalan itu berdasarkan kenyataan Anwar sepertimana dalam rakaman di bawah.

LIHAT VIDEO DI SINI



Tiada ulasan: