HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Mac 2018

Najib umum 11 insentif bernilai RM2.9 bilion bantu Bumiputera





KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan beberapa insentif baharu bernilai lebih RM2 bilion untuk membantu usahawan Bumiputera untuk meningkatkan daya saing dan aktiviti perusahan kecil dan sederhana (PKS) mereka.

Insentif berbilion dolar itu bertujuan mengukuhkan sokongan dana, transformasi dan acara kepada usahawan Bumiputera.

“Maka untuk mengukuhkan lagi tiang sokongan Kerajaan Barisan Nasional kepada PKS, terutama para usahawan Bumiputera, saya berbesar hati mengumumkan 11 insentif baharu yang membawa nilai RM2.9 bilion,” katanya ketika berucap pada Himpunan Usahawan Bumiputera di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.

Insentif terbesar diberikan adalah RM500 juta bagi mempergiatkan pembangunan usahawan Bumiputera dalam industri peruncitan dan pengedaran, dimana RM200 juta diperuntukan oleh kerajaan dan RM300 juta oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB).

Selain itu, insentif RM50 diperuntukan untuk penyenaraian PKS di pasaran LEAP (pasaran Platform Pemecut Usahawan Utama) atau LIVE di mana setiap syarikat yang disenarai dan dimasukkan di dalam Program Peningkatan Enterprise Bumiputera (BEEP) bawah SME Corp akan menerima geran RM500 ribu setiap satu.

LEAP pasaran baharu di Bursa Malaysia yang menawarkan saluran alternatif untuk meraih dana bagi mengembangkang perniagaan.

Bagi membantu usahawan mengembangkan perniagaan, Najib mengumumkan pelanjutan Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) berjumlah RM50 juta bawah Majlis Amanah Rakyat dan peruntukan Skim Pembiayaan Mudah Jaya (SPiM) berjumlah RM50 juta.

Najib turut melanjutkan program Dana Mudahcara Bumiputera Fasa Kedua dengan peruntukan lanjutan sebanyak RM2 bilion mulai tahun ini, dan mengumumkan insentif program “Local to Global Corporation Ascend 800” (LGC 800) dengan peruntukan berjumlah RM40 juta.

“Seterusnya dana insentif bagi program Tuna Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) sebanyak RM60 juta bagi 2019. Kita juga galakkan elaun peningkatan eksport bagi SME dilanjutkan untuk tenpoh 2 tahun iaitu sehingga 2020,” katanya.

Najib berkata inisiatif pelaksanaan Wira eDagang Zon Perdagangan Bebas Digital (DTFZ) dengan peruntukkan RM50 juta untuk 10,000 PKS Bumiputera dalam tempoh 3 tahun, dan melanjutkan skim pembiayaan kontrak ekspres (SPiKE) berjumlah RM50 juta uang memanfaatkan 3,000 orang Bumiputera.

“Sebanyak RM50 juta akan diperuntukkan di bawah dana insentif pelaburan bagi melonjak pemilikan ekuitu Bumiputera.

“Memperkasa Teraju dengan memberi mandar untuk menjadi penyelaras tunggal bagi semua dasar dan program berkaitan Bumiputera di peringkat kementerian, agensi, koridor dan syarikat GLC,” katanya.

Najib turut mengumumkan penubuhan Persatuan Bumiputera SME Malaysia atau ringkasnya BumiSME sebagai platform yang akan menyatukan semua PKS daripada pelbagai latar belakang dan industri, di mana Tan Sri Mohamed Al Amin Abdul Majid dilantik pengerusi protem persatuan itu.

Satu ekspo mega melibatkan usahawan PKS juga diadakan apabila Najib mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk BumiSME menganjurkan Pesta Mega Tahunan Ekspo dan Jualan PKS Bumiputera Negara

Tiada ulasan: