HALAMAN SANTAI

Selasa, 27 Mac 2018

SABOTAJ BN TITIWANGSA : KERJA TALIBARUT PEMBANGKANG – KU NAN


Tindakan mensabotaj Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani dipercayai telah didalangi oleh pihak pembangkang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata usaha jahat itu dipercayai bertujuan untuk memecahbelahkan keutuhan dalam kalangan ahli UMNO.

Beliau turut mendakwa tindakan tersebut dibuat bagi memberikan imej buruk terhadap UMNO supaya sokongan terhadap parti tersebut berkurang dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) yang akan datang.

“Musim pilihan raya sudah semakin hampir jadi pelbagai perkara boleh berlaku. Di kawasan saya pun begitu, saya beri tin biskut salah, bagi beras salah sedangkan saya sudah mengamalkannya sejak 17 tahun lalu lagi.

“Jadi saya yakin sebenarnya mereka (pembangkang) yang cuba memecahkan dalaman UMNO dengan mengadu domba kerana mereka tahu semangat solidariti dalam kalangan ahli UMNO itu begitu kuat,” katanya selepas Majlis Program Komuniti Ceria, Tabung Penyelenggaraan 1Wilayah (TP1W) dan Program Khas Mengecat di Pusat Perumahan Rakyat (PPR) Taman Melati, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan yakin bahawa usaha yang didalangi oleh pihak pembangkang untuk menjatuhkan UMNO dari dalam itu tidak akan berhasil berikutan semangat kebersamaan dan kesatuan yang masih menebal dalam kalangan ahli.

“Saya sendiri telah turun ke Titiwangsa dan saya tahu tiada masalah, Titiwangsa akan utuh dan akan terus menyokong Johari Ghani.

“Ini semua pembohongan yang dibuat oleh pihak-pihak yang mahu merampas kuasa daripada parti yang membentuk kerajaan sedia ada kerana mereka sendiri tahu kerajaan hari ini melaksanakan tanggungjawab dengan baik,” katanya.

  • Videographer/Zul Hafiz Bahrin

Tiada ulasan: