HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Mac 2018

Nur Jazlan patut galak rakyat Malaysia di luar negara balik mengundi

Nur Jazlan patut galak rakyat Malaysia di luar negara balik mengundi
Pemangku Pengerusi Bersih Shahrul Aman Mohd Saari berkata kritikan menteri itu terhadap pengumuman Cathay Pacific untuk mengenepikan caj tempahan semula tiket atau penukaran laluan untuk penerbangannya sempena PRU14 seperti membantah rakyat Malaysia balik mengundi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain,
 
TIMBALAN Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed sepatutnya menggalakkan rakyat Malaysia di luar negara balik mengundi, dan bukannya menyelar rancangan Cathay Pacific untuk mengenepikan caj tempahan semula tiket atau penukaran laluan untuk penerbangannya sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Pemangku Pengerusi Bersih Shahrul Aman Mohd Saari.

Menurut Shahrul, Nur Jazlan seperti membantah idea untuk rakyat Malaysia yang berada di luar negara balik mengundi pada PRU14.

"Agak kelakar bagi seorang menteri untuk bercakap macam itu. Beliau sepatutnya tidak campur tangan dalam urusan Cathay Pacific.

"Beliau tak sepatutnya membuat komen sedemikian yang pada saya sebagai cara untuk menghalang rakyat balik (ke Malaysia) dan mengundi," Shahrul berkata hari ini.

Syarikat yang berpangkalan di Hong Kong itu mengumumkan akan mengenepikan caj tempahan semula tiket atau penukaran laluan untuk penerbangannya sempena PRU14.

Menurut notis dikeluarkan oleh Cathay Pacific dalam laman sesawangnya, pengenepian itu untuk semua penerbangan Cathay Pacific dan Cathay Dragon yang dikeluarkan di Malaysia.

Pengetepian bayaran itu bagaimanapun hanya tertakluk jika tarikh perjalanan jatuh pada tarikh pembuangan undi, akan diberikan kepada penumpang warganegara Malaysia tanpa mengira jenis tambang.

Nur Jazlan kemudian mengkritik pengumuman tersebut di akaun Twitter beliau.

 
 
Wow. Good marketing move by them. Didnt know that regime change is part of their business plan. : Cathay Pacific waives rebooking, rerouting charges for Malaysians travelling on polling day

 

Tiada ulasan: