Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said agar kerajaan melaksanakan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar yang akan digubal itu dilaksanakan di negeri Terengganu.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu berkata,negeri Terengganu mempunyai beberapa projek terbengkalai di bawah pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Beliau berkata, ia bertujuan untuk menguji keikhlasan kerajaan yang mencadangkan RUU Antiberita Tidak Benar ini digubal bagi mengekakang berita palsu.
“Laksanakan lebih dulu dan segera melibatkan negeri Terengganu yang banyak mengalami projek ‘sakit dan runtuh’ tetapi tiada penyelesaian atau pendakwaan terhadap pesalah yang terlibat.
“Contohnya Datuk Ahmad Razif dalam satu kenytaan medianya pada 9 Februari lalu, telah mengatakan laporan dan gambar dalam media sosial mengenai projek Taman Ilmu adalah gambar lama sedangkan ia sudah dibaiki, s
“Beliau berpendapat kononnya pembangkang bertujuan untuk memberi gambaran buruk kepada kerajaan negeri.
“Saya telah meninjau projek itu pada 15 Februari lalu dan mendapati situasi sebenarnya adalah konsisten dengan gambar yang disiarkan di media sosial dan media alternatif.
“Penafian menteri besar itu adalah tidak tepat dengan situasi sebenar di tapak projek Taman Ilmu di Besut itu,” ujarnya ketika sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Beliau memberikan gambaran sebenar tapak projek yang dibina dengan perbelanjaan sebanyak RM350juta oleh kerajaan negeri yang masih terbengkalai dengan memaparkan beberapa projek lain turut terbengkalai yang pernah didedahkaan beliau sebelum ini kepada pihak media.
Selain Taman Ilmu beberapa lagi projek terbengkalai seperti bumbung Stadium Bolasepak dan Kolam Renang yang runtuh dan kompleks Bebas Cukai.
Pengerusi AMANAH Negeri Terengganu ini juga berkata, dalam sidang Dewan Undangan Negeri pada Disember lalu, kerajaan negeri menyatakan Taman Ilmu telah dibaiki dengan kos lebi RM32juta yang dibayar kepada syarikat POSTI.
Bagaimanapun menurut Raja Kamarul Bahrn lagi, dalam tinjauannya itu mendapati seolah-olah tiada sebarang baikpulih dilaksanakan di tapak projek.
“Apa yang dikatakan di dewan negeri ini juga kelihatan seperti ‘ berita tidak benar’ juga. Oleh kerana situasi ini an penafian yang berterusan, ia mesti disiasat dibawah ‘berita tidak benar’, ” ujarnya.
Semalam RUU Antiberita Tidak Benar 2018 telah dibentangkan di Parlimen bagi pendengaran kali pertama.
Sebahagian daripada 14 fasal yang terkandung dalam RUU tersebut memperuntukan hukuman denda hingga RM500,000 atau 10 tahun penjara terhadap individu yang didapati bersalah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan