HALAMAN SANTAI

Sabtu, 31 Mac 2018

BN Selangor yakin kemampuan Jamal sedia rumah percuma – Noh

Nizam Zain
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar (tiga kiri) menyerahkan Insentif Perumahan KPKT kepada salah seorang penerima, Zaiton Mat Dahari (dua kanan) sambil diperhatikan Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Seri Mohammad Mentek (dua kiri) pada majlis penyampaian insentif tersebut di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL
 

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) Selangor yakin dengan keupayaan Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk membangunkan lebih 100 unit kediaman percuma kepada pengundi dan pasangan muda di Sungai Besar jika parti itu kembali memerintah negeri itu.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata, walaupun program itu tidak melibatkan Kementerian Kesejateraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), namun kemampuan Jamal melakukan insentif itu terbukti dalam banyak program anjurannya.

“Itu kena tanya Jamal, beliau ada bincang (dengan saya) tapi tiada kena mengena dengan kerajaan. Saya pun ada tanya beliau boleh buat atau tak, tapi beliau kata boleh buat.

“Jamal, kedai makan percuma beliau mampu bagi, jadi itu kena tanya Jamal macam mana cara nak buat. Mngkin beliau ada cara sendiri, saya tak tahu, itu projek beliau.

“Macam beliau buat restoran makanan percuma,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Insentif Perumahan KPKT, di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Beliau mengulas hasrat Jamal selaku Pengerusi BN Sungai Besar pada bulan lepas mahu memberikan lebih 100 unit rumah percuma kepada pengundi dan pasangan muda di Sungai Besar.

Jamal berkata, insentif itu hanya boleh dilaksanakan sekiranya BN kembali memerintah Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) susulan kegagalan skim Rumah Selangor menyediakan rumah mampu milik buat rakyat negeri itu sejak 2008.

Tawaran itu hanya diberikan kepada anak-anak muda yang baru berkahwin dengan pendapatan di bawah RM2,500 sebulan disediakan secara percuma dan bukannya rumah sewa.

Bagi memulakan insentif itu, BN Sungai Besar telah membeli sebidang tanah seluas 10 ekar dalam Parlimen Sungai Besar dan kerja-kerja pecah tanah bakal dilakukan dalam masa terdekat.

Pemberian itu juga dibuat sebagai satu penghargaan kepada golongan muda serta ahli keluarganya yang memberi sokongan berterusan kepada UMNO dan BN Sungai Besar dalam memenangkan parti itu sehingga kini. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: