HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 Mac 2018

Kerajaan tidak pernah ganggu SPR laksanakan tugas

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak mengganggu atau mempengaruhi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam melaksanakan tugas-tugasnya.
 
Perdana Menteri berkata, kerajaan juga sentiasa menghormati keputusan yang dibuat oleh SPR untuk kebaikan semua pihak  serta demi kepentingan rakyat dan negara.
 
“Dengan demikian, adalah diharapkan agar syor-syor tersebut dapat membantu wakil-wakil rakyat untuk menyampaikan perkhidmatan dengan lebih cekap dan berkesan kepada semua pemilih dalam bahagian pilihan raya masing-masing.
 
“Ini memberi kelebihan kepada wakil-wakil rakyat untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan masing-masing, sekali gus menafikan persepsi dan dakwaan yang tidak benar lagi berasas bahawa syor-syor ini hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
 
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Usul-usul Mengenai Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-bahagian Pilihan Raya Persekutuan Dan Negeri Di Dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018.
 
 

Tiada ulasan: