KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin
berkata seorang calon Perdana Menteri (PM) perlu sihat dari segi mental
dan fizikal untuk menangani tekanan kepada jawatan tertinggi negara itu.
Ujarnya, memilih seorang calon PM bukan seperti memilih calon Ketua Kampung yang mana aspek kesihatan dan fizikal tidak menjadi syarat kepada perkara itu.
“Tun Mahathir (Mohamad) nampak sihat tapi kita juga terfikir di usia 93 tahun, kamu tidak bertanding nak jadi ketua kampung tetapi nak jadi PM.
“Untuk menjelajah ke seluruh negara, kamu perlu kekuatan fizikal. Nak hadir empat hingga lima majlis sehari, jadi isu seorang PM itu mesti sihat dan kuat itu adalah releven,” katanya dalam satu acara di Parlimen Titiwangsa yang turut dihadiri wakilnya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Ditanya mengenai faktor usia Mahathir yang sudah mencecah 93 tahun, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, banyak tekanan yang perlu dihadapi sebagai seorang ahli politik dan semuanya memerlukan kekuatan tertentu.
“Saya tidak mahu komen mengenai isu (Tun Mahahtir) tetapi saya menjadi ahli parlimen sudah 10 tahun dan menteri selama 5 tahun, saya tahu tekanan yang ada pada seorang ahli politik.
“Ia sangat besar, ia tidak mudah dan sesiapa yang mahu memegang jawatan tertinggi negara dan jadi perdana menteri mesti sihat dari segi fizikal dan mental,” katanya.
Dalam pada itu, Khairy berkata, rakyat perlu mengetengahkan soalan kepada PH yang mencalonkan Mahathir sebagai calon PM gabungan itu kerana jawatan tersebut adalah penting dalam merencanakan pelbagai pembangunan kepada negara.
“Kita kena ketengahkan persoalan itu (kepada pembangkang). Kita tidak persenda usia beliau, namun kita mahukan pemimpin yang sihat dan gagah untuk memerintah negara. Itu sangat penting,” katanya.
Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menamakan Mahathir sebagai calon PM gabungan itu sekiranya berjaya menakluki Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14). -MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan