MELAMPAU… Seorang wanita sengaja menimbulkan provokasi dengan berpakaian seksi yang mendedahkan bahagian kaki hingga ke paha di Masjid Negara, Kuala Lumpur semalam.
Lebih biadab, dia kemudian memuat naik gambar eksklusif tersebut melalui akaun laman Facebook miliknya dengan menganggap pihak masjid berkenaan sebagai konon tidak mesra pengunjung.
Dia turut membandingkan keadaan layanan di Jogjakarta, Indonesia konon tidak sama seperti di Malaysia yang bebas apabila pengunjung di negara itu tidak dihalau dari kawasan ibadah berkenaan.
Tindakannya itu turut mendapat perhatian Presiden Pertubuhan Gabungan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ), Prof Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar selain mendapat komen-komen negatif dari netizen di media sosial.
“Semata-mata untuk membuktikan agama suka menghukum? Jika kita sudah tahu peraturan, adab yang digariskan, kenapa perlu sengaja melanggar peraturan yang telah digariskan sejak dari awal, kemudian menuduh masjid tidak mesra, tidak berdakwah?
“Memprovokasi, menimbulkan kemarahan orang ramai, kemudian membentak orang yang menegur sebagai menghukum, membawa “victim mindset” sudah menjadi modus operandi feminist yang memualkan,” ujar beliau melalui akaun Facebook miliknya.
Masjid Negara antara tempat yang menjadi kunjungan ramai pelancong asing termasuk yang bukan beragama Islam dari seluruh dunia waima pernah dikunjungi bekas presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
Pelancong bukan Muslim diberi kebenaran untuk meninjau ke kawasan dalam masjid yang telah ditetapkan dengan syarat perlu berpakaian elok dan tidak colok mata, malah pakaian yang bertutup turut disediakan pihak masjid.
Maryam Lee tidak sewajarnya melakukan perkara tersebut yang sengaja memburukkan nama baik Islam dan cuba membangkitkan tentang hak individu yang jelas telah melanggar peraturan dalam kawasan masjid.
Terdahulu, Maryam Lee mencetuskan kontroversi apabila bercerita dirinya rasa ditindas kerana diajar bertudung sejak berusia 9 tahun oleh ibu bapanya dan mencetuskan provokasi berkaitan ibu bapa yang mendidik anak-anak perempuan bertudung sejak kecil adalah satu bentuk penindasan hak dan penderaan fizikal terhadap anak-anak.
Malah dikatakan sebelum ini dia bertudung dan dapat memahami adab dan budaya ketika berada di Iran.
“Tidak ada sesuatu pun lebih berat dalam timbangan seorang mukmin di hari kiamat melainkan akhlak yang baik dan sesungguhnya Allah sangat benci orang yang suka berbicara keji dan kotor.” (Hadis riwayat HR. At-Tirmidzi dan Ibn Hibban) – MYNEWSHUB.CC/MIZE
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan