HALAMAN SANTAI

Selasa, 3 April 2018

Pondan Pun Boleh Mengundi Dalam PRU14


MYNEWSHUB.CC
 


JIKA anda seorang pondan atau mak nyah, jangan risau kerana anda juga boleh turun mengundi dalam pilihan umum ke-14 yang akan datang.

 

Akademi Piliharaya Raya (APR) melalui Suruhanajaya Piliharan Raya (SPR) telah menetapkan golongan kecelaruan identiti ini bagaimanapun perlu terlebih dahulu mengisi dan menandatangani borang khas yang dinamakan sebagai ‘Form 11’.

Melalui borang berkenaan, para pengundi perlu mengesahkan identiti mereka seperti dalam kad pengenalan biarpun penampilan mereka tidak sama seperti di dalam kad pengenalan.

“Walaupun bakal pengundi berpenampilan seperti wanita dan jantina yang tertera pada kad pengenalan adalah lelaki, pengundi tersebut masih boleh mengundi.

“Ia mungkin menyukarkan kerja kakitangan atau kerani di pusat pengundi untuk mengenali identiti mereka namun golongan ini masih boleh,” kata Pendaftar Aka­demi Pilihan Raya, Nik Aminudin Nik Shahar seperti yang dipetik portal The Star.

Menurutnya lagi, sesiapa sahaja yang mempunyai kad pengenalan yang sah dan tersenarai sebagai pengundi boleh mengundi.

“Selagi mana kad pengenalan seseorang itu adalah sah dan namanya terdapat di dalam senarai pengundi, mereka tidak akan dihalau,” katanya.

Nik Aminudin turut menegaskan bahawa kad pengenalan perlu ditunjukkan sebelum seseorang itu dibenarkan mengundi dan kerani pengundian akan mengesahkan identiti pengundi melalui nama dan gambar yang tertera pada kad pengenalan. -MYNEWSHUB.CC

Tiada ulasan: