HALAMAN SANTAI

Rabu, 4 April 2018

Ada pihak mahu sabotaj saya, kata Ketua Umno Bandar Tun Razak

Oleh Muhammad Ridz Effandy Ibrahim
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar hari ini mengakui bahawa beliau memang terlibat dalam satu serbuan di ibu negara semalam.
 
Namun beliau mengesyaki serbuan yang dilakukan itu ada unsur politik yang mahu memburukkan namanya menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
 
"Saya menafikan sekeras-kerasnya dalam penyalahgunaan dadah seperti yang dilaporkan.
 
"Kalau betul laporan yang mengatakan ujian air kencing positif, saya yakin ia satu perangkap buat diri saya yang bertujuan untuk memburukkan nama baik saya," katanya dalam satu sidang media pejabat Umno Bandar Tun Razak.
 
Awal pagi Isnin lalu, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), melakukan serbuan ke atas sebuah pusat hiburan di Jalan Imbi.
 
Serbuan dilakukan selepas mendapat maklumat mengenai aktiviti hiburan tanpa lesen.
 
Media turut melaporkan, seorang pemimpin parti politik berusia lewat 40-an terbabit didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.
 
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
 
 

Tiada ulasan: