Khairy Jamaluddin
SHAH ALAM - Kerajaan PH sepatutnya memperkenalkan kadar gaji minimum pertama di bawah pentadbiran mereka sebanyak RM1,200.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, paras gaji berkenaan adalah paling sesuai dan realistik, namun, kerajaan PH dilihat telah tunduk kepada kehendak majikan dan tidak memihak kepada pekerja.
Menurutnya, kerajaan perlu mengimbangi kepentingan majikan dan pekerja.
“Kalau paras terlalu tinggi, boleh menjejaskan kedudukan majikan. Kalau terlalu rendah, nasib pekerja tidak dijaga.
“Namun, pengumuman kerajaan bahawa gaji minimum terbaru adalah RM1,050 mengecewakan,” katanya menerusi perkongsian di twitter miliknya, pagi ini.
Khairy menegaskan lagi, gaji minimum diperkenalkan oleh pentadbiran BN yang ketika itu di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Selaku ketua pemuda Umno pada masa itu, saya juga turut memperjuangkan gaji minimum sehingga dilaksanakan.
“Isu gaji minimum sangat rumit sebab melibatkan majikan dan pekerja,” katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Gaji minimum seragam RM1,050 berkuat kuasa 1 Januari 2019]
Semalam, kerajaan buat pertama kalinya bersetuju melaksanakan kadar gaji minimum seragam bagi seluruh negara iaitu RM1,050 sebulan atau RM5.05 sejam berkuat kuasa 1 Januari 2019.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat selepas menimbang syor-syor yang diberikan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) hasil kajian semula terhadap Perintah Gaji Minimum 2016.
Sebelum ini perintah Gaji Minimum 2016 memperuntukkan kadar gaji minimum sebanyak RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pakatan Harapan tawar gaji minimum RM1,500]
Penyeragaman gaji minimum kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun ini terkandung dalam manifesto pilihan raya PH sebelum ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan