HALAMAN SANTAI

Khamis, 6 September 2018

Pertimbang semula pelantikan Presiden UiAM

SINAR HARIAN

R.Sivarasa
R.Sivarasa
 
 
SHAH ALAM - Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, R Sivarasa berkata pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) wajar dipertimbangkan semula.

Menyatakan rasa terkejut dengan pengumuman berkenaan, Sivarasa berkata hal itu perlu dikaji semula supaya ia selaras dengan manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Sebagai contoh, Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) cuba mengambil portfolio pendidikan tetapi berundur kerana bercanggah dengan manifesto," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan  ceramah Pilihan Raya Kecil Seri Setia di Taman Ladang Glenmarie, di sini malam tadi.

Pelantikan Maszlee sebagai Presiden UIAM menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim menimbulkan polemik kerana beliau merupakan seorang menteri dan Ahli Parlimen Simpang Renggam.

Pelantikannya dikatakan melanggar manifesto PH bahawa tidak akan ada lantikan politik untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

PH juga berjanji untuk memulihkan kembali kebebasan akademik di institusi pengajian tinggi. - Bernama

Tiada ulasan: