HALAMAN SANTAI

Khamis, 13 September 2018

Lapan permohonan bakal pengantin positif HIV


Lapan permohonan bakal pengantin positif HIV
Dr Sharifah Mahani
 
 
KUANTAN - Lapan daripada 17,327 permohonan ujian saringan HIV bakal pengantin di Pahang, direkodkan positif pada 2017.

Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit HIV/AIDS/Hepatitis C, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Dr Sharifah Mahani Syed Mahar Affandi berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 7,776 permohonan adalah di daerah Kuantan dengan enam daripadanya direkodkan positif HIV.

"Jumlah tersebut memperlihatkan penurunan yang ketara berbanding hingga 15 kes yang pernah dicatat pada tahun tahun sebelumnya, di daerah ini.

"Pasangan ini ada yang ingin meneruskan perkahwinan dan mahu memperolehi anak. Tiada masalah untuk itu, tetapi pasangan ini akan diberikan kaunseling dan diajar bagaimana untuk melakukan hubungan seks yang selamat.

"Ibu HIV pula perlu terus mendaftarkan rawatan kehamilan untuk mendapatkan ubat antiviral sepanjang proses kehamilan dalam usaha mengelak bayi turut dijangkiti. Sejak empat tahun yang lepas tiada kes jangkitan direkodkan kepada bayi di Pahang ," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Seminar Kekeluargaan Islam "Fiqh Muslimah & HIV di kalangan Wanita" anjuran Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan di Kompleks Start Kontinjen Pahang Alor Akar di sini, pagi tadi.

Tiada ulasan: