HALAMAN SANTAI

Khamis, 13 September 2018

Hutang PTPTN, saya pula disalahkan: Najib


Hutang PTPTN, saya pula disalahkan: Najib
Twitter milik Najib
 
 
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulangkan paku buah keras kepada Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan kerana mendakwa dirinya berbohong dalam isu pinjaman pendidikan tersebut.

Najib berkata, PH sebelum ini menghasut rakyat selama 10 tahun untuk tidak membayar hutang PTPTN kerana berjanji akan memansuhkannya sekiranya menjadi kerajaan.

"Pakatan yang menghasut orang ramai selama 10 tahun untuk tidak membayar PTPTN kerana berjanji akan memansuhkannya tetapi tiba-tiba saya disalahkan pula. Agak pelik," katanya menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Pagi tadi dalam satu kenyataan, Wan Saiful yang juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata, Najib membohongi rakyat apabila mendakwa kerajaan PH berjanji untuk memansuhkan hutang PTPTN.

Katanya, budaya 'cash is king' semasa pemerintahan Najib juga telah merosakkan orang Melayu dan kini sedang diperbaiki oleh pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: PTPTN: Wan Saiful dakwa Najib bohongi]

Najib pada Isnin lalu mendakwa punca kegagalan peminjam PTPTN membuat pembayaran semula adalah disebabkan hasutan PH sebelum menjadi kerajaan.

Beliau berkata, sejak 10 tahun dahulu, PH telah menggalakkan peminjam untuk tidak membayar balik malah melaung janji manis bahawa semua hutang PTPTN akan dimansuhkan sekiranya menang dalam PRU14.

[ARTIKEL BERKAITAN: Peminjam tak bayar PTPTN sebab hasutan PH]

Tiada ulasan: