Hilal Azmi, Astro Awani
Hasil
maklumat dan risikan mendapati kesemua suspek telah meminta wang rasuah
RM4,000 daripada pengusaha premis urut tersebut yang beroperasi secara
haram. - Foto SPRM
SUNGAI PETANI: Mahkamah
Majistret Sungai Petani hari ini membenarkan lima pegawai dan anggota
polis ditahan reman selama lima hari mulai hari ini bagi membantu
siasatan berhubung aktiviti rasuah dengan melindungi kegiatan pusat urut
di Nibong Tebal.
Perintah reman bermula hari itu dikeluarkan oleh Majistret, Nurul Ainna Ahmad terhadap lima pegawai dan anggota polis termasuk seorang berpangkat Asisten Superintendan, dua berpangkat Inspektor, seorang Sarjan dan seorang Lans Koperal yang berumur antara 28 hingga 45 tahun.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman
penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai
suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi jika disabitkan
kesalahan.
Suspek pertama ditahan di pusat urut berkenaan pada pukul 11.20 pagi semalam dan empat lagi ditahan di SPRM Cawangan Sungai Petani diantara pukul 6.30 petang hingga 7.00 petang selepas hadir memberi keterangan.
Menurut sumber, hasil maklumat dan risikan mendapati kesemua suspek telah meminta wang rasuah RM4,000 daripada pengusaha premis urut tersebut yang beroperasi secara haram.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan