MENJELANG hari pengundian Pilihan Raya Kecil N.32 DUN Seri Setia esok, saya ingin menyeru semua pengundi membuat pilihan yang bijak.
Dr Hajah Halimah Ali, merupakan calon
terbaik mewakili PAS yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran
kerana pernah menjadi ADUN dan Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Walaupun kemenangan PAS tidak mengubah
kerajaan yang mentadbir sekarang, namun kemenangan calon PAS penting
buat rakyat sebagai suara pengimbang dalam Dewan Negeri Selangor.
Ia juga sebagai isyarat kepada kerajaan
negeri dan juga kerajaan persekutuan dan menggesa mereka untuk
menunaikan manifesto yang telah dijanjikan.
Saya percaya, pengundi Seri Setia
merupakan pengundi yang bijaksana akan memberikan mandat kepada calon
PAS, Dr Hajah Halimah Ali.
Undilah PAS.
*Dr Ahmad Samsuri bin Mokhta, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan