HALAMAN SANTAI

Khamis, 13 September 2018

Pusat tahfiz tidak diiktiraf perlu ditutup: Sultan Johor


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
 
 
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya kerajaan negeri memantau kesemua pusat tahfiz yang beroperasi di negeri ini.

Baginda bertitah, mana-mana pusat tahfiz swasta yang beroperasi tanpa mendapat sijil dan pengiktirafan daripada kerajaan negeri perlu ditutup serta-merta.

"Akhir-akhir ini terdapat banyak pusat tahfiz swasta diwujudkan dan memohon sumbangan orang ramai untuk beroperasi.

"Kerajaan negeri perlu memantau kesemua pusat tahfiz di negeri ini dan mesti mendapat sijil dan pengiktirafan sebelum memulakan operasi.

"Mana-mana pusat tahfiz yang melanggar syarat, hendaklah ditutup serta merta," titah baginda ketika berucap merasmikan majlis Sambutan 100 Tahun Pendidikan Islam Negeri Johor Darul Ta’zim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini, hari ini.

Turut berangkat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim; Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dan Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Tiada ulasan: