HALAMAN SANTAI

Khamis, 13 September 2018

ZAMIL IBRAHIM KEMBALI KE PANGKUAN UMNO




Bekas Pemimpin PKR Pusat, Zamil Ibrahim hari ini memutuskan untuk menyertai UMNO setelah melihat kesungguhan parti itu sebagai satu-satunya pembela kepada bangsa Melayu.

Zamil berkata situasi pada waktu ini menuntut UMNO supaya kembali menjadi satu kekuatan besar untuk membela kepentingan kaum Melayu dan Islam yang seolah-olah dipinggirkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Saya rasa sudah sampai masanya (kembali menyertai UMNO) sebab bila kita cakap tentang bangsa lain, mereka telah dijaga dengan baik (selama ini) di bawah UMNO yang mengetuai BN.

“Saya nampak ini (UMNO) satu-satunya parti yang menjaga bangsa Melayu. Bohong jika PPBM yang cuma ada 13 kerusi Parlimen boleh membela (kepentingan Melayu). Saya berani katakan Tun Dr. Mahathir ialah boneka DAP. Itu jelas,” katanya sebelum menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam di PWTC pada Selasa.

Mengulas lanjut, Zamil yang juga merupakan bekas ahli UMNO sebelum menyertai PKR selama 20 tahun itu berkata bangsa Melayu perlu kembali meneraju kerajaan Malaysia.



Ini kerana menurutnya berdasarkan rekod kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan UMNO telah berjaya memberikan perkongsian kuasa kepada semua bangsa dengan sangat baik.

“Jadi saya rasakan sudah sampai masanya untuk UMNO kembali menguatkan parti sendiri dan menguatkan bangsa Melayu kerana kalau melayu kuat, terbukti ia menjaga semua bangsa. Bangsa melayu tidak pernah mengkhianati bangsa lain. Ia terbukti dalam kabinet BN dahulu, semua bangsa ada. Kalaupun bukan menteri, timbalan menteri.

“Terbukti UMNO-BN menjaga semua bangsa sebelum ini. Adakah sebelum ini kuil tidak ada di Malaysia? Adakah sebelum ini tokong cina diganggu? Tiada.

“Jadi kalau nak kata UMNO parti rasis dan lain-lain itu fitnah yang tidak baik kerana rekod menunjukkan sebaliknya,” ujar beliau.


Tiada ulasan: