HALAMAN SANTAI

Sabtu, 24 November 2018

'Pemuda Amanah usah leka dengan kuasa'

MALAYSIAKINI
 
   

Pemuda Amanah diingatkan supaya tidak leka, cuai dan hilang fokus dengan kuasa selepas parti itu membentuk kerajaan melalui Pakatan Harapan (PH) selepas pilihan raya umum (PRU) Mei lalu.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata apabila menjadi sebahagian daripada kerajaan, ia adalah kesempatan untuk anggota terus memperjuangkan dan mengukuhkan parti.

“Kita (Amanah) lahir ada sebabnya, kita lahir kerana kita mahu kejar sesuatu, perjuangan kita belum (selesai).

"Kalau pemuda leka, cuai, bahtera kita tersasar dari haluan dan matlamat, musuh boleh jadi kawan, kawan boleh jadi lawan.

“Bahtera yang kita naiki dan kejayaan yang kita kecapi adalah bersama; jadi jangan hilang persaudaraan dengan kejayaan yang kita miliki sekarang ini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Pemuda Amanah Nasional 2018 bertemakan Membumikan Idealisme, Merealisasi Perubahan di Dewan Jubli Perak di Kuala Kangsar malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata Pemuda Amanah juga perlu membina karakter, jati diri dalam mendampingi rakyat bagi memperjuangkan parti agar terus kukuh.
- Bernama


Tiada ulasan: