Bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan tindakan segelintir pemimpin kanan parti itu memperlekehkan usaha untuk mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke lapan menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, ada dalam kalangan pemimpin kanan itu menyifatkan masa Anwar untuk dinobatkan sebagai pemimpin utama negara sudah berakhir.
“Ada pimpinan kanan yang memeperlekahkan usaha untuk mengangkat Anwar (Ibrahim) sebagai perdana menteri kelapan.
“Ada yang kata (menulis di media sosial) bahawa masa Anwar sudah berakhir, ada kata perlu kepada pilihan yang baru,” katanya ketika menyampaikam ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Keadilan Ke-13 di Shah Alam, Ahad,
Sebelum ini desas desus mengenai usaha untuk menyekat kemaraan Anwar dikatakan berlaku dalam PKR yang mana Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disifatkan sebagai ‘alat’ kepada pimpinan utama PPBM.
Malah perkara itu didedahkan sendiri oleh pemimpin parti itu terutamnya daripada kem Rafizi yang mencetuskan kontroversi pada pemilihan kali ini.
Sementara itu Rafizi berkata, walaupun parti itu meraikan perbezaan pendapat, namun dalam soal mengangkat Anwar sebagai perdana menteri ia seharusnya disepakati oleh semua ahli PKR.
Dalam pada itu Rafizi berkata Anwar berdepan cabaran besar untuk mengekalkan sokongan rakyat pada PRU15 nanti memandangkan PH gagal mendapat sokongan orang Melayu.
Katanya, walaupun PKR menjadi parti yang paling tinggi meraih sokongan pengundi Melayu, namun ia masih gagal mengatasi UMNO dan PAS.
Malah katanya, sokongan undia Melayu yang diraih PAN dan PPBM hanya sekitar 26 peratus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan