HALAMAN SANTAI

Sabtu, 24 November 2018

NAJIB ‘DIPAKSA’ LETAK JAWATAN


Wartawan Watan-Online




Persatuan Sahabat Ulul Amri (PSUAM) hari ini mendedahkan yang Datuk Seri Najib Razak telah ‘dipaksa’ meletak jawatan sebagai Presiden UMNO selepas BN tewas dalam PRU14.

Presiden PSUAM, Syed Muhammad Imran Sn Syed Abdul Aziz bagaimanapun tidak mendedahkan pemimpin yang memberi tekanan terhadap Najib itu.

“Beliau (Najib) pada awalnya dikatakan ingin bercuti dulu, tetapi siapa pemimpin UMNO yang zalim memaksa Najib melepaskan jawatan sebagai presiden UMNO.

“Apakah kemesraan yang dipaparkan dalam gambar hanya sekadar lakonan, sebab pada asalnya Najib tidak mahu melepaskan jawatan (presiden UMNO),” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, pada Khamis.

Najib melepaskan jawatan Presiden UMNO pada 12 Mei lalu sebagai tanggungjawab seorang pemimpin apabila parti itu kecundang dalam pilihan raya umum.

Jawatan itu kemudiannya dipangku Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hami sebelum beliau memenangi jawatan Presiden UMNO pada pemilihan yang diadakan beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu PSUAM yang terdiri daripada ahli UMNO turut mencadangkan supaya bekas Najib dan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik sebagai pengerusi 1 dan 2 parti itu.

Selain turut mencadangkan supaya Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin dilantik sebagai timbalan pengerusi 1 dan 2 dalam jawatankuasa itu.

Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan memandangkan empat tokoh berkenaan masih diperlukan sumbangannya bagi mengembalikan kegemilangan UMNO.

“Tujuan pindaan ini diadakan kerana kami tidak nampak hala tuju UMNO, apa yang membimbangkan pemimpin UMNO mula ke (lompat) parti lain.

“Hanya presiden UMNO boleh memanggil untuk mengadakan perhimpunan agung khas berdasarkan fasal 8.5 perlembagaan UMNO,” katanya.

Tiada ulasan: