THE MALAYSIAN TIMES
SHAH ALAM: Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui bahawa kerajaan Malaysia telah ditipu oleh Low Taek Jho atau Jho Low yang kini menjadi buruan atas kesalahan menyalahgunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sehubungan itu, Najib berkata beliau memang mempunyai hubungan profesional dengan tokoh perniagaan kontroversi itu untuk meningkatkan ekonomi negara.
“Kalau itulah kesimpulannya (bahawa kerajaan ditipu Jho Low) kalau kita ambil kira apa yang kita tahu hari ini. Itulah sebenarnya..,” katanya dalam satu wawancara dengan Penasihat Editorial Karangkraf Datuk Abd Jalil Ali yang disiarkan secara langsung di laman Facebook Sinar Harian pagi ini.
Beliau berkata tindakan perlu diambil terhadap Jho Low sekiranya diapati melakukan pecah amanah.
Najib juga berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan kontroversi itu adalah salah satu punca kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas.
Katanya beliau memang mempunyai hubungan profesional dengan Jho Low dan yakin dengan kebolehannya membawa pelaburan ke negara ini khususnya dari Timur Tengah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan