SHAH ALAM – Pakatan Harapan sepatutnya menumpukan perhatian terhadap
cara untuk mengukuhkan sokongan rakyat terhadap kerajaan yang baharu
sahaja memerintah sejak Mei lalu dan bukan perkara yang boleh
menimbulkan ketegangan kaum.
Oleh itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap kerajaan dapat menangguhkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
“Saya tidak fikir kita harus terburu-buru dalam soal yang boleh menimbulkan ketegangan kaum bagi kerajaan baharu ini.
“Tanggungjawab kita memastikan Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kuat, diberi sokongan padu oleh rakyat.
“ICERD yang tidak mendesak bagi saya boleh ditangguhkan. Tak payah berebut, buat apa (berebut).,” katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan Kongres Nasional Keadilan Ke-13 2018.
Tambahnya, banyak lagi isu yang perlu diutama dan diselesaikan terlebih dahulu khususnya berkaitan dengan ekonomi berbanding ICERD.
“Ekonomi masih belum kita selesaikan harga getah, harga barang uruskan dulu kalau (isu) kaum yang timbulkan ketegangan tangguhlah dulu,” katanya lagi.
Sekalipun Pakatan Harapan telah berjaya menubuhkan kerajaan di atas kemenangan pada pilihan raya yang lalu, namun Anwar berkata, kerja untuk membela nasib rakyat masih belum diselesaikan.
“Jangan leka dan rasa selesa, kita menang pilihan raya tapi belum menangi hati rakyat, kita menang pilihan raya tapi belum perjuangkan nasib rakyat dan selagi ini belum selesai kerja kita belum selesai,” ujarnya.
Timbalan Presiden PKR yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terdahulu dalam ucapan penggulungannya berkata, kerajaan tidak akan tergesa-gesa mengiktiraf ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Sehubungan itu beliau menggesa Bumiputera dan kaum Melayu tidak perlu bimbang.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan