HALAMAN SANTAI

Jumaat, 30 November 2018

Cadangan jadikan SPR badan penguat kuasa diteliti

 
   
Jawatankuasa pembaharuan pilihan raya (ERC) sedang meneliti untuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai badan penguatkuasaan undang-undang yang boleh bertindak ke atas kesalahan pilihan raya.

Perkara itu dimaklumkan bekas pengerusi SPR Abdul Rashid Abdul Rahman yang menerajui ERC.

"(Pada masa akan datang), SPR boleh mengambil tindakan penguatkuasaan dan menjadi badan penguat kuasa," katanya kepada media ketika ditemui di forum meja bulat pembaharuan pilihan raya di kompleks parlimen hari ini.

Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa SPR mungkin akan diberi fungsi yang lebih besar.
"Mereka (SPR) akan diberi fungsi yang lebih besar dan kita cuba jadikan SPR lebih berkuasa," katanya.

Pengerusi SPR Azhar Azizah Harun sebelum ini mengeluh dan berkata SPR tidak berkuasa menyiasat kesalahan pilihan raya di bawah undang-undang pilihan raya ketika ini.

ERC yang ditubuhkan pada 28 Ogos, diberi masa dua tahun bagi mengemukakan cadangan bagi memperbaiki sistem pilihan raya.

Kata Abdul Rashid lagi, ERC sudah menubuhkan sembilan jawatankuasa kecil lain yang bertanggungjawab ke atas 16 komponen berhubung pembaharuan pilihan raya.

"Keutamaan kami ketika ini adalah berjumpa semua pihak berkepentingan dan orang awam untuk mendapatkan maklum balas," katanya.


Tiada ulasan: