Wartawan Watan-Online
PERKASA menegaskan ketuanan Melayu adalah teras kepada pembinaan Malaysia yang akan terus diperjuangkan dan dipertahankan pertubuhan itu.
Presidennya Datuk Dr Ibrahim Ali, berkata kesabaran orang Melayu sudah berada di kemuncaknya apabila beberapa perkara membabitkan hak istimewa dan kepentingan kaum majoriti itu mula dipertikaikan.
Beliau berkata, hari ini ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) menjadi salah satu isu yang cuba menggugat keharmonian kaum di negara ini.
“Oleh sebab itu persidangan agung PERKASA yang akan berlangsung pada 2 Disember nanti kita memilih tema ‘Fasa 153 Ketuanan Melayu’ dan ‘Menongkah Malapetaka Bangsa’.
“Ketuanan Melayu mengikut fasa 153 ini membabitkan soal raja-raja Melayu serta hak istimewa seperti mana terkandung dalam kontrak sosial yang telah dipersetujui.
“Dewasa ini banyak perkara yang berlaku benar-benar menguji kesabaran orang Melayu,” katanya ketika dihubungi Watan-Online.
PERKASA dilihat sebagai sebuah organisasi kumpulan pendesak Melayu yang berjuang demi kepentingan dan hak istimewa Melayu, Bumiputera.
Mengulas mengenai isu ICERD PERKASA tetap dengan pendirian menolak rerifikasi itu.
Katanya, keputusan sama ada PERKASA akan menyertai himpunan bantah ICERD ataupun tidak akan ditentukan 3 Disember nanti selepas mesyuarat agung PERKASA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan