HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 November 2018

Kenapa Kit Siang bantah golongan anti-ICERD?


KELMARIN Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan keputusan UMNO dan Pas untuk bergabung mengadakan himpunan bagi membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Se­gala Bentuk Diskriminasi (ICERD).

Semalam pula, beliau tampil mempertahankan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang didakwa ‘diserang’ secara lisan berkenaan isu ratifikasi ICERD di Dewan Rakyat.

Meskipun Kit Siang tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada menyokong atau tidak terhadap usaha meratifikasi ICERD, apa yang menjadi persoalan adalah mengapa Kit Siang seolah-olah mahu masuk campur sekiranya ada pihak yang membantah konvensyen itu?

Adakah perbuatan Kit Siang itu melambangkan pendiriannya terhadap ICERD?

Hanya beliau yang tahu dan oleh sebab itu, adalah lebih baik sekiranya beliau sendiri menyatakan secara jelas apa pendiriannya dan bukan ha­nya berdiri di belakang tabir berkenaan isu ICERD ini.

Hari ini, Kit Siang menggesa supaya ahli Parlimen pembangkang yang membuat serangan lisan terhadap Waytha Moorthy di Dewan Rakyat Isnin lalu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Kit Siang yang menyifatkan insiden serangan lisan itu sebagai ‘kehinaan terbesar’ dalam sejarah Parlimen Malaysia berkata, apa yang berlaku itu amat memalukan kerana tiada pihak patut bertempik untuk mendiamkan pihak lain.

Walaupun tidak mewakili suara DAP secara keseluruhannya, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu dilihat sangat berminat untuk mencampuri berkenaan isu ICERD.

Ahad lalu, anaknya, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung DAP tidak mahu memberi sebarang pendirian berkenaan isu ICERD ini tetapi Kit Siang secara tidak langsung seakan-akan memberi gambaran terhadap pendirian sebenar mereka.


Tiada ulasan: