Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa agar wakil rakyat pembangkang dihormati dan tidak dilarang memasuki institusi pendidikan.
"Saya tidak faham mengapa isu seperti ini masih timbul di Malaysia baru.
Anggota
parlimen Setiawangsa itu membuat gesaan itu sebagai tidak bersetuju
dengan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung ahli politik
pembangkang diwajibkan meminta kebenaran untuk memasuki sekolah
kerajaan.
Jelas
Nik Nazmi, mengharamkan pembangkang memasuki sekolah dan institusi
pengajian lain adalah "penyalahgunaan kuasa" yang paling buruk berlaku
ketika BN memerintah.
"Walaupun berkhidmat sebagai Exco Pendidikan Selangor dari 2014-2018, saya sentiasa dihalang daripada melawat sekolah-sekolah di sana.
"Saya juga dihalang daripada bercakap di alma mater saya, Kolej Yayasan UEM - kerana tekanan politik ke atas pentadbiran kolej.
"Saya masih ingat - saya terpaksa berpura-pura menjadi mahasiswa - termasuk masuk ke kampus menggunakan motosikal bagi memenuhi jemputan di Universiti Malaya," katanya.
Justeru, tegas Nik Nazmi, PH tudak boleh meneruskan amalan "menindas" kerajaan terdahulu.
"Kita mesti mempercayai semua wakil rakyat tanpa mengira parti - untuk bertindak secara bertanggungjawab apabila terlibat dengan perbincangan awam. Mereka telah mendapat kepercayaan dari pengundi mereka.
"Tindakan tentu boleh diambil jika mana-mana wakil rakyat menyalahgunakan platform ini, seperti dengan menghasut kebencian kaum atau agama atau menyebarkan dakyah kepartian.
"Tetapi dalam kebanyakan kes - ahli politik harus dibenarkan masuk ke sekolah, kolej dan universiti apabila mereka dijemput untuk berbuat demikian," katanya.
Garis pandua yang sama
Bersih menyifatkan garis panduan yang dinyatakan Maszlee itu sebagai mendiskriminasikan wakil rakyat pembangkang yang dipilih rakyat.
"Ketika pemerintahan BN, wakil rakyat pembangkang sering mengadu kerana tidak dibenarkan masuk sekolah awam.
"Adakah kerajaan PH melakukan perkara sama kepada pembangkang hari ini?" kata badan pendesak pembaharuan pilihan raya itu.
Tambah
kenyataan Bersih itu lagi, sekiranya terdapat kebimbangan berhubung
ahli politik memasuki sekolah, garis panduan yang ditetapkan perlu
dikenakan kepada semua wakil rakyat tanpa mengira parti.
Bersih menyifatkan garis panduan itu sebagai mendiskriminasikan wakil rakyat pembangkang yang dipilih rakyat.
"Ketika pemerintahan BN, wakil rakyat pembangkang sering mengadu kerana tidak dibenarkan masuk sekolah awam.
"Adakah kerajaan PH melakukan perkara sama kepada pembangkang hari ini?" kata badan pendesak pembaharuan pilihan raya itu.
"Sekiranya terdapat kebimbangan berhubung kehadiran ahli politik di institusi pendidikan membawa mesej tertentu yang tidak sesuai dengan suasana pendidikan, kebimbangan itu perlu ditangani dengan garis panduan yang sama terhadap semua parti politik.
"Justeru, kami menggesa menteri pendidikan segera menarik semula arahan yang menetapkan ahli parlimen pembangkang perlu mendapat izin untuk masuk sekolah dan menggantikannya dengan garis panduan yang sama untuk semua ahli politik yang dijemput menghadiri program di sekolah," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan