Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau bukan perkara mudah bagi parti itu.
Sambil membayangkan Dr S. Streram bakal dicalonkan kembali untuk membawa cabaran parti itu dalam PRK itu.
“Ia bukan kerusi mudah. Dulu kita tampilkan Streram. Ada nama nama lain yang mula disebut.
“Saya nak beritahu Streram itu dinafikan hak beliau, dan beliau cabar (keputusan) dan menang dalam kes itu.
“Walau agak sukar kita nak ketepikan kenyataan itu, kerana kita kata harus tonjolkan tokoh Melayu, saya tentu akan dengar. Tapi rantau itu kawasan DUN di mana jumlah pengundi India antara tertinggi di seluruh Malaysia.
“Saya harap hal ini akan dapat pertimbangkan pemimpin di cabang Negeri Sembilan dan Biro Politik,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional Keadilan Ke-13 di Shah Alam, Ahad.
Dalam sidang medianya, Anwar mengesahkan beberapa nama sedang dipertimbangkan dan beliau belum dapat membuat keputusan untuk mempertaruhkan kembali Streram atau sebaliknya.
Semalam Anwar mengesahkan nama bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli disebut sebagai calon bagi pilihan raya semula DUN Rantau.
Mahkamah Pilihan Raya di Seremban pada 17 November memerintahkan kerusi DUN Rantau, Negeri Sembilan kosong dan kemenangan Mohamad pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu adalah tidak sah.
Menurut hakim, Azimah Omar, tidak ada undang-undang bertulis atau keperluan yang menyatakan tag atau pas masuk diperlukan oleh calon, pencadang dan penyokong untuk mengemukakan borang pencalonan.
Streram pada 23 Mei lalu memfailkan petisyen pilihan raya memohon membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan Mohamad yang juga adalah bekas menteri besar Negeri Sembilan sebagai pemenang kerusi DUN Rantau, satu daripada empat kerusi DUN bawah Parlimen Rembau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan