Tiga pemimpin tertinggi parti komponen PH, hari ini sebersependapat ICERD tidak perlu direaktifikasi dalam keadaan sekarang ini.
Dr Mahathir Mohmad berkata adalah mustahil untuk direaktifikasi ICEDD kerana ia memerlukan sokongan 2/3 di parlimen. Katanya kalau perkara itu hendak dibawa ia akan perlu dibawa ke parlimen kerana melibatkan perlembagaan, oleh itu katanya ia akan ditolak kerana kerajaan akan gagal mendapat sokongan 2/3.
Anwar Ibrahim pula berpendapat pelaksanaan ICERD tidak perlu dibuat secara gopoh dan tergesa-gesa kerana ia bukan perkara perlu diutamakan. Apa yang lebih penting kata presiden PKR itu, kerajaan menumpukan soal pengembangan ekonomi negara dan berusaha menyelesaikan masalah kenaikan harga barang yang membebankan rakyat.
Manakala Husam Musa pula mengulangi pendirian Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub yang sebelum ini berpendirian Amanah tolak ICERD. Husam mengatakan tidak perlu mereaktifikasi ICERD, bagaimana pun soal keadilan untuk semua Islam akan memberi keutamaan.
Menerima pendapat dan kenyataan ketiga-tiga pemimpin itu jelas bahawa PH tidak bersedia untuk mereaktifikasi ICERD dan masyarakat negara ini yang elergik dengan isu itu tidak perlu berasakan terlebih berasa gatal-gatal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan