"Pula tu menteri luar negeri, pertahankan ratifikasi, kerana gerakan reformasi.
"Eh kamu ni orang Islam ke orang apa hah? Ini bukan soal politik, tak.
"Kita hanya menuntut apa dalam perlembagaan, itu kita mahu pertahankan. Betul?" katanya sambil sorakan 'betul' oleh ratusan mereka yang hadir pada program turun padang bersama Umno Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Sebelum itu, Zahid menghalakan serangannya kepada Menteri Perpaduan, P Waythamoorthy yang digambarkannya sebagai seorang menteri "perpecahan".
'Nak mandrem siapa?'
"Angkat sumpah di parlimen ada ethics, ada dress code nak pakai. Bukan saya nak halang sesiapa, tapi apahal ni yang bahawa orang luar nak angkat sumpah ni. Ni nak mandrem (sihir) siapa ni?
"Saya tak sebut nama ye. Tak sebut. Tak. Datuk Seri Najib (Razak) pernah lantik dia sebagai timb menteri, (tapi) letak jawatan.
"Sekarang dilantik menteri perpaduan. Tapi dia menteri perpecahan. Kita bukan nak dia dipecat.
Kalau tak dapat jalankan tugas sebagai menteri perpaduan sebaliknya berlaku perpecahan, sila letak jawatan, itu saja," kata Zahid.
Berhimpun lebih ramai
Bagaimanapun
katanya anggota Umno dan penyokong parti itu akan tetap hadir
perhimpunan 8 Disember ini yang pada asalnya dirancang untuk membantah
konvensyen berkenaan.
"Atas asas itulah kita berhimpun beramai-ramai untuk mengucapkan terima kasih.
"Kita berhimpun lebih ramai lagi untuk mengucapkan terima kasih, boleh?" katanya di hadapan anggota Umno.
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan