KUALA LUMPUR – Pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) tidak menyesal
keluar dari Pas kira-kira tiga tahun lalu kerana perjuangan mereka dalam
parti yang baharu ditubuhkan bersama komponen Pakatan Harapan (PH) itu
menepati siasah rakyat.
Pengerusi PAN Perak, Asmuni Awi berkata, perjuangan parti itu dengan Pas selama ini jauh berbeza, menyebabkan beliau bersama pemimpin yang lain lebih selesa bersama PH.
Katanya, perpecahan yang berlaku dalam Pas ketika itu berpunca dari kegagalan pemimpinnya memahami realiti masyarakat semasa dan idealisme.
“Ada sesetengah di kalangan kita masih muda dalam arena politik kepartian. Sekarang setelah menjadi sebahagian daripada kerajaan, Fiqh Muwazanah yang lebih kontemporari sangat dituntut.
“Ini bukan soal halal haram, hitam putih sahaja, tetapi ini adalah tahap yang memerlukan kebijaksanaan bersiasah dan kematangan bertindak,” katanya menyampaikan Ucaptama pada Konvensyen Tahunan kali ke-3 PAN Perak hari ini.
Konvensyen itu dirasmikan Naib Presiden PAN, Datuk Mahfuz Omar di Casuarina Convention Centre 1, Bandar Meru Raya, Ipoh.
Menurut Asmuni, segala kedudukan yang PAN perolehi hari ini adalah atas prestasi parti yang dianggotainya dan pendekatan politik parti itu ialah ketajaman fikiran dan keikhlasan dalam berjuang.
“Jangan ada yang masih bertindak dan berfikiran secara ‘politik membangkang’. Jangan pula ada yang cuba berlagak bagai ‘hero rakyat’ dengan meninggalkan perjuangan parti.
“Keberadaan kita pada hari ini adalah atas perjuangan parti yang kita dokong bersama. Inilah perjuangan PAN. Tiada nokhtah untuk perjuangan menegakkan kalimah suci Allah SWT di muka bumi.
“Patah sayap, bertongkat paruh, patah siku bertongkat dagu, patah dagu bertongkat kuku, namun untuk menyerah kalah tidak sekali,” katanya.
Menurut beliau, ijtihad para alim ulama dalam PAN ialah mencari jalan kecelaruan siasah selepas pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga mencetuskan lahirnya parti yang diketuai Presidennya Mohamad Sabu.
Inilah PAN, katanya. ia tidak muncul dari kemarahan atau dendam yang terpendam dalam hati para pendirinya, malah terzahir dari rasa kasih sayang yang ada dalam jiwa terdidik. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan