Presiden PKR Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa Dr S Streram (gambar) merupakan calon yang paling sesuai untuk untuk membawa cabaran Pakatan Harapan (PH) dalam pengundian semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
"Ia bukan kerusi mudah. Dulu (dalam pilihan raya umum ke-14) kita cuba tampilkan Streram. Ada nama nama lain yang mula disebut.
"Streram (sebelum ini) dinafikan hak beliau, dan beliau cabar (keputusan) dan menang dalam kes itu.
"Walau agak sukar kita nak ketepikan kenyataan itu, kerana ada yang kata harus tonjolkan tokoh Melayu, saya tentu akan dengar.
"Tapi Rantau itu kawasan DUN di mana jumlah pengundi India antara tertinggi di seluruh Malaysia.
"Saya harap hal ini akan dapat pertimbangkan pemimpin di cabang Negeri Sembilan dan Biro Politik," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional Keadilan Ke-13 di Shah Alam, hari ini.
Dalam sidang medianya, Anwar mengesahkan beberapa nama sedang dipertimbangkan namun beliau belum dapat membuat keputusan sama ada Streram akan dicalonkan semula atau tidak.
Semalam, Anwar mengesahkan bahawa nama bekas anggota parlimen Pandan, Rafizi Ramli antara yang disebut sebagai calon bagi pilihan raya semula DUN Rantau.
Bagaimanapun,
Rafizi sebelum ini mengaskan tidak akan bertanding dan menyokong
Streram dicalonkan semula. Perkara sama turut dinyatakan oleh ketua
pemuda PKR yang baru, Akmal Nasir.
Streram juga sebelum ini menyatakan harapan untuk bertanding di kerusi berkenaan.
Streram pada 23 Mei lalu memfailkan petisyen pilihan raya memohon membatalkan keputusan SPR yang mengisytiharkan Mohamad yang juga adalah bekas menteri besar Negeri Sembilan sebagai pemenang kerusi DUN Rantau, satu daripada empat kerusi DUN bawah Parlimen Rembau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan