KUALA LUMPUR – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin
Muizzuddin Shah hari ini melahirkan rasa sedih selepas melihat sendiri
kecederaan parah yang dialami oleh anggota bomba yang diserang dalam
insiden kuil Sri Mahamariamman Muhammad Adib Mohd Kassim.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Mohamad Hamdan Wahid berkata, perkara itu disampaikan tuanku kepadanya sewaktu baginda berkenan menziarah mangsa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman itu, hari ini.
“Baginda menitahkan bahawa tuanku berasa sedih di atas apa yang berlaku dan kita mendoakan semoga Muhammad Adib ini akan dapat sembuh dalam masa terdekat ini.
“Setakat ini, pihak Institut Jantung Negara (IJN) bertungkus lumus dengan doktor pakar dan pegawai perubatan lain telah memberikan perhatian dan kerja-kerja rawatan yang cukup intensif,” katanya pada sidang media, di lobi IJN, hari ini.
Semalam, IJN dalam kenyataannya memaklumkan anggota bomba berusia 24 tahun itu mula menunjukkan tanda-tanda sedar dan bertindak balas kepada beberapa arahan lisan.
Muhammad Adib bagaimanapun masih di bawah pemantauan rapi penggunaan sedatif untuk membolehkan organnya pulih.
Dalam kejadian awal pagi Selasa, Muhammad Adib, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil berkenaan.
Muhammad Adib yang mengalami patah tulang rusuk dan kecederaan lain pada awalnya dirawat di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) sebelum dipindahkan ke IJN lewat malam Selasa.
Insiden kekecohan di kuil itu yang berlaku kira-kira 2.30 pagi Isnin berikutan isu perpindahan tapak kuil itu ke lokasi baharu.
Kejadian tertumpu di pekarangan kuil serta kawasan pusat membeli-belah One City pada hari berikutnya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan