HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 November 2018

Azmin: Nilai penuh aset Felda tak dapat diperoleh

 
   

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali menyuarakan kebimbangannya bahawa kerajaan tidak akan dapat menjual aset Felda pada harga yang menguntungkan.

Katanya, pentadbiran Felda terdahulu membeli aset-aset itu pada harga yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Aset-aset itu dibeli pada harga yang jauh lebih tinggi daripada harga pasaran.

“Inilah isunya. Kalau pun kita mahu menjualnya, kita tak dapat nilai penuh aset-aset itu. Ini yang kami bimbangkan sekarang,” katanya ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau menjawab soalan sama ada sebahagian aset yang dibeli Felda ketika pentadbiran BN memang akan dijual.

Pada 15 Oktober lalu, Azmin dilaporkan memaklumkan rancangan menjual aset tidak strategik badan itu - antaranya yang terletak di London, Sabah dan Sarawak - sebagai pelan pemulihan pengurangan beban hutang yang berjumlah RM8 bilion.

Mengulas lanjut, Azmin berkata ia akan dibincangkan dan cadangan lanjut berkenaan kan diberikan nanti.

“Apa-apa pun, biar kami bentangkan kertas putih (dahulu) dan kami akan buat beberapa cadangan bagaimana kita akan bergerak ke hadapan,” katanya lagi.

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: