HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 November 2018

UMNO AJAK PAS ‘BERCANTUM’ DEMI ISLAM, MELAYU




UMNO menyifatkan permusuhan mereka dengan PAS sejak zaman berzaman adalah disebabkan oleh seorang ‘atok’ yang menanamkan kebencian terhadap parti Islam itu.

Oleh itu UMNO secara terbuka buat pertama kalinya mempelawa PAS untuk bersama-sama dengan mereka dalam gerakan politiknya

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO mengakui mereka tersilap kerana bermusuhan dengan PAS selama ini.
“Selama 61 tahun UMN memerintah, 22 tahun adala
h di bawah kepimpinan beliau.

“Dia ajar kami membenci PAS, dia ajar kami membenci DAP tapi sekarang mereka sedang bercium mulut sesama sendiri,” katanya yang jelas merujuk kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan membantah ICERD di Kampung Gajah, Sabtu, malam.

Hadir sama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu Ahmad Zahid berkata UMNO dan PAS perlu ketepikan perbezaan atas nama Islam, Melayu

“Ya sheikh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, insya-Allah UMNO di bawah kepimpinan saya, kita bercantumlah.

“Kita bercantum, kita ketepikan perbezaan di kalangan kita atas nama Islam, Melayu, Malaysia dan bumiputera,” katanya disambut tepukan dan takbir orang ramai.

Bagaimanapun Abdul Hadi yang mengambil giliran berucap selepas Ahmad Zahid tidak mengulas mengenai pelawaan itu.

Himpunan Perpaduan Ummah bagi membantah ICERD itu turut dihadiri beberapa pemimpin kanan UMNO termasuk Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Tan Sri Noh Omar.

Bagaimanapun Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan seorang lagi naib presiden Khaled Nordin tidak kelihatan.


Tiada ulasan: