Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad berkata keputusan
sebahagian besar tokoh agama dan mufti di negara ini membantah cadangan
kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai
Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) adalah kerana melihat ia membawa banyak kemudaratan berbanding kebaikan dalam konteks negara ini.
Justeru, katanya, sesuatu
keputusan yang indin dibuat perlu melihat kepada situasai semasa dan
mengambil kira kesannya jika perkara itu dilaksanakan.
"Kita
tentang Icerd ini kerana kita lihat keburukan lebih besar jika
dilaksanakan sebab itu kita tolak," katanya ketika dihubungi Malayasiakini, petang tadi.
Forum berkenaan menampilkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhammad Faisal Abdul Aziz, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Latheefa Koya; Pensyarah Undang-Undang, Dr Azmin Sharom dan Ahli Jawatankuasa Pusat Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Zaid Kamaruddin.
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada pada 23 Nov lalu mengesahkan untuk tidak meratifikasi Icerd selepas mendapat bantahan pihak yang bimbang konvensyen berkenaan menjejaskan kedudukan istimewa Melayu dan Islam.
Semantara itu, Mohamad Shukri menambah bahawa masyarakat berbilang kaum di negara ini hidup dalam suasana aman damai tanpa sebarang diskriminasi meskipun Islam diletakkan sebagai agama persekutuan.
"Di sini (Malaysia) apa yang bukan muslim tidak dapat? Nak mengamalkan agama masing-masing tidak ada masalah, nak ke kuil tidak dihalang, bahkan bahasa ibunda masing-masing dapat dipelajari.
"Oleh itu Icerd tidak relevan untuk dilaksanakan di negara ini," jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan