HALAMAN SANTAI

Rabu, 28 November 2018

'Menteri itu setuju tak bangkitkan lagi tentang Harapan Coin'

 
   

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata beliau telah memberitahu dengan menteri berkenaan supaya tidak lagi membuat sebarang pengumuman mengenai Harapan Coin.

Katanya, sebarang keputusan perlu melalui Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara dan Kementerian Kewangan terlebih dahulu.

"Saya sudah berkomunikasi dengan menteri yang membuat kenyataan tersebut dan beliau telah setuju untuk tidak membuat sebarang kenyataan mengenainya (Harapan Coin) lagi,” kata Lim.

"Ia hanya satu kenyataan (dbeliau) tetapi beliau tidak sedar ia akan mendapat liputan meluas dan beliau bersetuju bahawa pada masa akan datang semua ini sepatutnya diajukan melalui Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan Kementerian Kewangan.”

Meskipun tidak menamakan menteri tersebut tetapi ia dipercayai ditujukan kepada Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad yang menjadi pengasas mata wang kripto itu.

Pada 19 November lalu, Khalid dilaporkan berkata wujud usaha menjadikan Harapan Coin sebagai matawang kripto kebangsaan dan digunakan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan pada masa depan.

Sementara itu, Lim berkata sekarang masih terlalu awal untuk membuat pengumuman mengenai mata sebarang mata wang kripto.

Lim berkata, seelok-eloknya tunggu pada suku pertama tahun depan sehingga pengawalan rangka kerja disiapkan.

"Kami cadangkan supaya tunggu pengawalan rangka kerja disiapkan terlebih dahulu. Jika tidak akan terdapat kekeliruan.

"Jadi tolong tunggu pada suku pertama. Jika pengumuman dibuat ketika pengawalan rangka kerja belum diumumkan lagi, saya rasa ia pramatang dan tidak boleh dipasarkan," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sedang mengkaji idea mengenai mata wang kripto, khususnya berhubung fungsi yang mungkin digantikannya.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Syed Zaid Albar berkata berhubung rundingan bersama mengenai pemilikan rumah melalui skim pembiayaan antara rakan setara atau 'peer-to-peer' (P2P) akan diumumkan suku pertama tahun depan

"Kita telah siapkan draf pertama platform 'Fund My Property' dan garis panduan kami akan berhubung dengan industri (yang terlibat) dan semua pihak berkepentingan," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: