HALAMAN SANTAI

Selasa, 20 November 2018

Lupakan kem Rafizi, Azmin selepas Kongres Keadilan Nasional - Akmal

Wan Syamsul Amly, Astro Awani
Lupakan kem Rafizi, Azmin selepas Kongres Keadilan Nasional - Akmal
AKMAL: Cabaran yang sebenarnya tenaga, semangat pandangan suara anak muda ini adalah untuk mengangkat agenda anak muda di luar sana. - Gambar Astro AWANI
 
KUALA LUMPUR: Setiap anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) perlu melupakan kem masing-masing selepas Kongres Keadilan Nasional dan berusaha memastikan prinsip perjuangan parti diangkat bersama.

Ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, sokongan yang diterima semasa kongres tempoh hari juga memberi gambaran jelas sokongan kepada pimpinan yang terkini.

"Tetapi yang paling penting sekarang, selesai sahaja cerita pemilihan dan kongres ini, sekarang masa untuk bekerja.

"Jadi seperti yang digariskan, pertama, Keadilan kena terus bawa agenda reformasi, yang kedua saya lihat yang paling penting dalam soal kepimpinan kita kena letak Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH) sebagai perdana menteri kelapan.
–– ADVERTISEMENT ––
 
"Jadi saya rasa dari segi itu, tidak kiralah, team mana lepas pemilihan kita boleh bekerjasama dan perkukuh parti keadilan," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

BACA: AMK mahu pemilihan parti dikaji semula

BACA: 
Air mata Dr Afif gugur di Kongres AMK

Semasa kongres berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hilman Idham pula diumumkan sebagai Timbalan Ketua AMK.

Ketika mengulas insiden bantahan pengumuman Akmal sebagai Ketua AMK yang baharu, jelasnya ia tanda meraikan sahabat walaupun berlawan semasa pemilihan.

"Cabaran yang sebenarnya tenaga, semangat pandangan suara anak muda ini adalah untuk mengangkat agenda anak muda di luar sana.

"Jadi tenaga yang saya ada, masa yang kita ada semua kena tumpukan macam mana hendak membela nasib anak muda dalam keadaaan mana PH ini sebuah kerajaan.

"Sebab masih banyak janji-janji kepada anak muda, masih banyak perkara-perkara yang melibatkan anak muda ini perlu kita tunaikan, perlu kita pertahankan," katanya.

Pada Kongres Nasional AMK itu, bekas Timbalan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin mengoyak kertas panduan mengundi kem calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli sebagai tanda memprotes budaya itu dalam pemilihan PKR.

Dr Afif merupakan calon Ketua AMK dari kem Datuk Seri Azmin Ali. 
 
 

Tiada ulasan: