Strategi perang saraf PAS dan Umno dengan memainkan sentimen
Melayu diibaratkan sebagai suatu barah, kata pusat penyelidikan
kerajaan Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE).
"Pasca 9 Mei 2018 sama ada Umno ataupun PAS telah berusaha keras menimbulkan keresahan dalam hati orang Melayu bahawa negara ini bukan ditadbir oleh orang Melayu lagi.
"Berdasarkan keputusan PRK Cameron Highlands, ternyata mereka termakan dengan ayat-ayat ini.
"Perang ayat saraf ini merupakan kanser; dan jika tidak bendung sebaiknya ia akan merebak kepada orang Melayu di kawasan pinggir bandar dan juga bandar," kata IDE dalam laporan analisisnya hari ini.
Dapat undi Melayu melalui mesej
Calon BN Ramli Mohd Nor menewaskan calon PH, M Manogaran dengan majoriti 3,238 undi.
BN memperolehi 54.67 peratus undi, menunjukkan penyokong PAS telah mengundi gabungan pembangkang yang dipimpin Umno itu.
Sebelum
pilihan raya umum ke-14, BN dan PAS mendapat 39 peratus dan 14 peratus
undi masing-masing di Cameron Highlands. Jika digabungkan jumlah undi
kedua-dua parti itu menjadi 55 peratus.
IDE mendapati
kemenangan BN sebahagiannya kerana keupayaan gabungan itu untuk
mendapatkan undi Melayu menerusi mesejnya, yang mana ia termasuk
menyerang DAP, dan meniup sentimen Melayu-Islam.
PRK ini menunjukkan peneroka masih memilih Umno sebagai juara hak-hak Melayu Melayu, jelas IDE.
"Oleh yang demikian, menjelang beberapa bulan setahun pemerintahan PH, maka tiba masanya parti-parti politik melayu dalam PH; Bersatu, Amanah dan juga PKR perlu lebih serius dalam menangani isu undi melayu ini dan menjadi pesaing yang kompetitif kepada Umno dan PAS.
"Bagi masyarakat luar bandar mereka lebih prihatin kepada isu-isu rakyat seperti kenaikan harga barang, harga komoditi, bantuan kerajaan dan lain-lain masih membelenggu mereka.
"Masyarakat ini masih belum dapat mengapresiasi perubahan reformasi pilihan raya, parlimen dan lain-lain. Ia memakan masa," kata IDE lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan