HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Januari 2019

Ganja mampu rangsang saraf otak – penyelidik UPM News | Diterbitkan Hari ini 12:53 tengahari | Dikemaskini Hari ini 12:53 tengahari Penyelidik Neurosains Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati penggunaan ganja boleh dimanfaatkan dalam bidang perubatan, antaranya mampu merangsang pembentukan saraf otak yang sudah mati. Ketua penyelidiknya Prof Madya Dr Mohamad Aris Mohd Moklas berkata ganja dos rendah boleh memberi kebaikan daripada sudut kesihatan tetapi mendatangkan kemudaratan sekiranya diambil melebihi 2mg/kg, lapor Berita Harian. Penyelidikan itu dijalankan terhadap empat kumpulan tikus makmal dua tahun lalu. Mohamad Aris yakin kajian itu memberikan petunjuk penggunaan ganja bermanfaat dalam merawat penyakit berkaitan sel saraf otak seperti alzheimer atau nyanyuk. “Kajian mendapati, kanabis boleh meningkatkan neurogenesis iaitu merangsang pertumbuhan neuron pada tikus normal berdasarkan petunjuk protein di dalam otak selepas diberikan suntikan pada dos tertentu. “Apa yang boleh disimpulkan daripada kajian itu adalah kanabis pada dos yang kecil berupaya merangsang pertumbuhan neuron baharu di dalam otak,” katanya. Katanya ganja mengandungi banyak bahan aktif terutama tetrahidrokannabinol (THC) iaitu sebatian psikoaktif digunakan di kebanyakan negara dalam bentuk tablet untuk merawat penyakit.

MALAYSIAKINI

   

Penyelidik Neurosains Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati penggunaan ganja boleh dimanfaatkan dalam bidang perubatan, antaranya mampu merangsang pembentukan saraf otak yang sudah mati.

Ketua penyelidiknya Prof Madya Dr Mohamad Aris Mohd Moklas berkata ganja dos rendah boleh memberi kebaikan daripada sudut kesihatan tetapi mendatangkan kemudaratan sekiranya diambil melebihi 2mg/kg, lapor Berita Harian.

Penyelidikan itu dijalankan terhadap empat kumpulan tikus makmal dua tahun lalu.

Mohamad Aris yakin kajian itu memberikan petunjuk penggunaan ganja bermanfaat dalam merawat penyakit berkaitan sel saraf otak seperti alzheimer atau nyanyuk.

“Kajian mendapati, kanabis boleh meningkatkan neurogenesis iaitu merangsang pertumbuhan neuron pada tikus normal berdasarkan petunjuk protein di dalam otak selepas diberikan suntikan pada dos tertentu.

“Apa yang boleh disimpulkan daripada kajian itu adalah kanabis pada dos yang kecil berupaya merangsang pertumbuhan neuron baharu di dalam otak,” katanya.

Katanya ganja mengandungi banyak bahan aktif terutama tetrahidrokannabinol (THC) iaitu sebatian psikoaktif digunakan di kebanyakan negara dalam bentuk tablet untuk merawat penyakit.


Tiada ulasan: