HALAMAN SANTAI

Isnin, 28 Januari 2019

Tak kaya cari makan dari perubatan Islam, kata Tuan Asmawi

Radzuan Hassan

Tengku Asmawi Tuan Umar
Tengku Asmawi Tuan Umar

KUALA LUMPUR – Bukan semua pengamal perubatan Islam mengambil kesempatan daripada perkhidmatan mereka, kata Tuan Asmawi Tuan Umar.

Beliau yang juga salah seorang daripada pengamal perubatan alternatif itu tidak menolak kemungkinan ada kes salah guna berlaku tetapi menegaskan ia bukan pada Pusat Rawatan Islam Darussofwah miliknya.

“Saya tidak pernah kaya dengan hasil mahsul daripada bidang perubatan Islam.

“Tujuan asal saya membuka pusat rawatan Islam Darussofwah ini adalah untuk kebajikan sambil membantu sesama saudara baik muslim atau bukan muslim sambil berkongsi sedikit ilmu berkaitan yang saya miliki,” ujarnya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau memberitahu, matlamatnya hanya membantu dan bukan menjadikannya lubuk mencari kekayaan.

“Saya selaku Penasihat Agama & Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia terlebih maklum akan hal ini di mana terdapat ramai yang kononnya membuat praktis rawatan dan pengubatan Islam dengan teknik-teknik halus bagi mengenakan kadar bayaran yang tinggi tetapi itu bukan saya.

“Jika orang tidak datang merawat dengan saya pun,saya lagi bersyukur sebab tidak menyusahkan dan menyemakkan jadual saya,” katanya yang juga menjadi pendakwah, pengacara sambilan dan pelakon dalam masa yang sama.

Tuan Asmawi berkata demikian merujuk kepada salah seorang komen warganet yang memandang rendah pusat rawatan Islam melalui ruangan komen di Facebook Rawatan Islam Darussofwah

Tiada ulasan: